Friday, 29 June 2012

Petua Untuk Bakal Raja Sehari

1.  HILANGKAN BAU BADAN BAKAL RAJA SEHARI

 - Rendamkan bunga melor, tanjung, melati, kenanga dan bunga mawar dalam sebaldi air.  Campurkan dengan limau purut yang telah dibelah empat.  Amalkan mandi bunga ini selama 40 hari sebelum hari pernikahan.

2.  BILIK PENGANTIN BERBAU HARUM SEMERBAK

- Untuk mengekalkan kesegaran dan keharumkan bilik pengantin, racik daun pandan dan bunga ros.  Gaulkan dan masukkan  ke dalam bekas kaca atau raga.  Kemudian semburkan dengan pewangi essential atau lavender untuk membangkitkan aroma yang lebih harum.

3.  HILANGKAN BADAN PANAS DIHARI PERSANDINGAN

- Ada petua yang sering diamalkan iaitu mengamalkan minum air belimbing yang ditapis.  Ambil buah belimbing dan kisarkan bersama-sama sedikit air.  Kemudian ditapis air tersebut sebelum minum.  Ade juga yang suka meminum skali dengan serat-seratnya.  Insya'allah panas badan akan berkurangan / hilang.

SELAMAT MENCUBA..... BYE....

Sumber : Majalah Raja Sehari

No comments:

SILA KLIK OLDER POST UNTUK MELIHAT GAMBAR-GAMBAR DAN AKTIVITI SEBELUM INI ---->>