Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Tuesday, 24 July 2012

Tampilkan Pesona Mata


Pepatah ada mengatakan, mata adalah jendela hati, justeru tidak hairanlah jika dalam dunia kecantikan, mata merupakan bahagian yang wajib dirias agar tampil lebih indah. Kaedahnya mudah bagi sesetengah mereka yang pandai melakukannya. Sayangnya, sukar bagi sesetengah yang tidak biasa menggunakan penggaris mata atau eyeliner.

Kali ini Kak Sal ingin memberikan beberapa petua dalam mengaplikasikan penggaris mata bagi menampakkan lagi kelopak mata selain memberi kesan mata yang cantik.

Penggaris Mata Jenis Pensel
Bagi anda yang masih baru dan belum biasa menggunakan eyeliner, sebaiknya pilih jenis ini. Eyeliner bentuk pensel mudah diaplikasikan dan merupakan pilihan tepat untuk digunakan sehari-hari. Agar mata tampil cantik, pastikan ketika menggunakan eyeliner pensel, biarkan hujungnya tajam untuk hasil yang lebih maksima.
Jangan lupa membeli pisau untuk memudahkan anda mendapatkan hujung pensel yang tajam. Jika hujungnya telah runcing, mulakan membuat garisan pada mata dengan cara menarik garis ke atas dan tepat di atas bulu mata dari sudut dalam hingga sudut luar mata dengan satu garis yang menyambung.

Penggaris Mata Jenis Cecair
Mengaplikasikan eyeliner jenis cecair memerlukan penelitian yang lebih namun tahan lama. Malah, ia sesuai digunakan dalam majlis-majlis. Biasanya, eyeliner ini didatangkan bersama berus kecil dengan hujung yang sangat baik untuk membuat garisan. Pun begitu, pastikan memotong sedikit berus tersebut terlebih dahulu jika panjang bagi memudahkan sapuan.
Sebagai permulaan, pastikan anda membuat garisan pada bahagian mata dengan menggunakan pensel mata biasa terlebih dahulu. Tujuannya untuk memudahkan anda mengaplikasikan eyeliner cair dengan rapi dan betul. Namun, pastikan sapuan tidak terlalu tebal kerana eyeliner jenis ini agak pekat.
Bagi yang ingin membuat kesan mata yang lebih dramatik, anda boleh menggunakan pembayang mata berwarna gelap untuk shadow.

Penggaris Mata Jenis Padat
Bagi eyeliner jenis ini, ia memerlukan teknik yang khusus. Tapi bagi anda yang inginkan garisan pada mata nampak natural, ini adalah pilihan yang terbaik. Untuk eyeliner jenis ini, apa yang diperlukan adalah berusnya. Pastikan anda membasahi dulu berus tersebut, bagi membolehkannya mudah melekat pada berus. Agar hasil lebih maksima, anda juga boleh menggunakan sedikit foundation tanpa minyak yang disapukan di sekitar kelopak mata sebelum pemakaian.
Sepertimana eyeliner lain, kaedah pemakaiannya juga sama. Agar mata tampak lebih tegas atau lebar, anda boleh mengulangi beberapa kali sapuan pada bahagian tengah, bukan pada sudut dalam mata.
Akhir sekali, anda boleh menggunakan putik kapas yang sudah dibasahi. Usap perlahan pada bahagian mata yang telah disapu eyeliner. Cara ini berkesan untuk mendapatkan mata tampak lebih natural.

Tip Mata Menawan
• Bagi mereka yang memiliki kulit coklat, ada baiknya anda memilih warna eyeliner yang natural, seperti hitam dan coklat. Namun, ini tidak bermakna warna-warna seperti putih, biru, kelabu atau pun hijau tidak sesuai.

• Untuk menciptakan kesan natural dan membentuk warna dominan pada kelopak mata, warna-warna matte sesuai dipilih.

• Warna-warna shimmer membantu memberi kesan lebih berkilau tetapi tidak terlalu tebal. Ia juga boleh digunakan untuk memberi kesan pada kelopak mata. Shimmer berwarna terang, boleh digunakan untuk kesan highlight pada solekan manakala shimmer berwarna gelap sesuai untuk membentuk kesan semi dramatik.

• Bagi memperoleh kesan lebih berkilau pada mata, glitter sesuai diaplikasikan terutama bagi yang ingin menghadiri majlis pada waktu malam mahupun mereka yang bakal berkahwin. Ia membantu dalam memberikan hasil yang lebih dramatik.

• Bagi mereka yang memiliki kulit berminyak, pembayang mata biasanya sukar untuk bertahan lama. Justeru, untuk memastikan sapuan tersebut bertahan lama serta cantik di kelopak mata, sapukanlah bedak sebelum anda menyapu pembayang mata jenis shimmer.

Rapikan Alis Tanpa Rasa Sakit
Mata yang menawan setelah mengenakan penggaris mata pasti akan terjejas jika alis kelihatan berserabut dan tidak rapi. Masalahnya ketika ini ramai yang takut untuk merapikan alis kerana rasa sakit tatkala menggunakan tweezer. Tapi ada cara yang boleh mengurangkan rasa sakit ini. Ikuti 4 tip ini:

• Sebelum dicabut, oleskan pelempab atau minyak zaitun sekitar alis saja dan hindari bahagian mata. Biarkan hingga 5 minit.

• Selepas itu sapu sedikit bedak tabur di hujung jari-jari tangan anda, agar jemari tidak tergelincir semasa mencabut alis.

• Ketika mencabut, tarik hujung alis ke atas atau ke tepi dengan perlahan bagi memudahkan anda mencabut tiap helai bulu alisnya, sekaligus mengurangi rasa sakit saat dicabut.

• Setelah selesai dan bentuk alis sudah didapati, taburkan sedikit bedak bahagian alis tadi lalu bersihkan dengan tisu kering atau tisu basah.

Wednesday, 4 July 2012

Tips Untuk Makeup Tahan Lama

Alat solek sudah tidak asing lagi dengan kehidupan seorang wanita. Penggunaan alat solek atau make up dapat memberikan keyakinan diri kepada si pemakainya. Tanpa make up, mungkin wajah akan nampak sedikit pucat. Oleh itu, ramai wanita mengambil inisiatif untuk keluar dengan wajah bermake up. Mengapa perlu tahu tip make up untuk tahan lama?
Dalam cuaca yang panas dan iklim negara kita meyebabkan kita mudah berpeluh. Bahagian wajah yang di solek selalu cepat berpeluh ialah di sekitar dahi, hidung, dagu dan di atas bibir tidak tahan lama.Ramai yang tertanya-tanya bagaimana cara atau tip untuk mengekalkan make up dalam jangka masa yang lama?
Jom kita baca tips di bawah:
  • Tangan hendaklah sentiasa bersih. Tahukah anda sentuhan dari tangan yang kotor merupakan salah satu faktor make up luntur dengan cepat? Selain melunturkan, tangan yang kotor juga menambahkan bakteria di kulit wajah sehingga boleh menyebabkan tumbuhnya jerawat.
  • Pastikan wajah bersih. Mencuci wajah merupakan hal paling asas untuk membuat make up lebih tahan dengan lama. Kandungan air dan minyak pada kulit akan menjadi neutral sehingga siap di make up. Untuk kesan yang lebih baik, gunakan kertas minyak khas untuk mengawal minyak di muka.
  • Gunakan pelembap yang tidak mengandungi minyak. Tahukah anda beberapa pelembap yang mengandungi kimia bakal membuat kulit anda rosak? Produk seperti Lanolin dianggap beracun kerana boleh membuatkan kulit semakin berminyak. Oleh itu, gunakanlah pelembap yang bebas minyak.
  • Face primer sebelum foundation. Apakah fungsi primer? Primer digunakan sebelum foundation supaya make up dapat melekat dengan baik di muka untuk jangka masa yang lama. Ia dapat melindungi foundation di wajah malah memastikan kulit tetap sihat. Permukaan kulit yang diletakkan primer pula akan menjadi lebih lembut dan sempurna.
  • Foundation dan bedak. Mahukan make up tahan dengan lebih lama? Aplikasikan tiga lapisan asas iaitu primer, foundation, lalu bedak. Salah satu fungsi foundation ialah dapat membuatkan warna make up yang digunakan sentiasa natural. Letakkan pula bedak secukupnya dan tidak berlebihan.
Tips di atas sangat senang untuk diaplikasikan. Diharap ianya berguna untuk semua kaum wanita. Selamat mencuba!
SALASIAH ASHAK

Tuesday, 3 July 2012

Selulit

RUNGSING DENGAN MASALAH SELULIT ?????

Selulit sebenarnya adalah lemak yang terdapat pada kulit yang bercantum dengan kolegen. Gabungan kolegen itulah yang memberikan selulit rupa seperti COTTAGE CHEESE yang tidak di ingini. Selalunya, selulit terbentuk pada bahagian peha, punggung & kadang kala pada lengan, betis dan torso.

Masalah selulit sering di alami oleh wanita tidak kiralah yang bertubuh gempal atau kecil. Sebenarnya selulit lebih banyak berkaitan dengan hormon seimbang kadar lemak tubuh. Menghilangkan selulit bukanlah sesukar yang di fikirkan. Asalkan anda menjaga diet dan melakukan senaman yang sihat serta pengambilan pemakanan yang betul. Terdapat pelbagai cara untuk menghilangkan selulit di tubuh anda.

Cara Mengatasinya
  • Pilih makanan yang seimbang dengan mengurangkan pengambilan lemak dan karbohaidrat. Utamakan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan serat. Minum air masak secukupnya mengikut keperluan tubuh kita.
  • Bagi merangsang peredaran darah dan memecahkan lemak, anda boleh memanjakan diri di spa dengan melakukan sauna atau mandi wap.
  • Kurangan meminum minuman yang mengandungi kafein seperti kopi sebagai minuman wajib pada setiap hari.
  • Pengambilan garam dan santa berlebihan tidak baik untuk kesihatan tubuh kita.
  • Makanan tinggi protein sepert ikan, ayam, telur, kacang mengandungi banyak asam lemak yang dapat membantu tubuh menghasilkan kolegen sehingga dapat menjaga kekenyalan kulit anda.
  • Makanan yang kaya dengan omega-3 akan membuat kulit selalu lembap dan memperbaiki sirkulasi darah dalam tubuh.
  • Penggunan krim juga perlu agar kulit anda tidak kering dan menjaga kulit anda agar kelihatan indah dan licin.
gambar untuk hiasan....
bye....

Sumber MW 2012

Friday, 29 June 2012

4 Makanan Untuk Kulit Bercahaya


• Ikan Salmon
Ikan ini sangat kaya dengan vitamin dan protein yang bermanfaat untuk tubuh dan kulit manusia. Ikan salmon kaya khasiat omega 3 yang boleh membantu menjaga pori-pori kulit anda dari kotoran. Selain itu, ikan salmon juga mengandungi selenium yang boleh melembutkan kulit dan membuat kulit nampak bersinar.

• Kacang Almond
Pilihlah kacang almond menjadi kudapan Anda. Selain enak, ia juga sangat baik untuk kulit. Kacang almond mengandungi omega 6 dan omega 9 yang boleh membuat elastisiti kulit kekal kenyal dan lembut. Vitamin E dalam kacang almond juga berperanan sebagai antioksidan yang membangunkan kolagen dan melindungi kulit dari bahaya sinar ultra lembayung.

• Minyak Zaitun
Bukan rahsia lagi minyak zaitun sangat kaya akan vitamin. Minyak ini bagus untuk kulit kerana kaya vitamin E dan antioksidan yang boleh melembutkan dan mempercantik kulit.

• Strawberi
Buah yang satu ini rendah gula dan kalori namun tinggi antioksidan, vitamin C yang terkandung dalam strawberi sangat baik untuk menjaga kulit agar kekal sihat. Strawberi mengandung alpha-hydroxy acid yang boleh menciptakan kolagen semula jadi dalam tubuh dan mengurangi sel-sel kulit mati.





Petua Untuk Bakal Raja Sehari

1.  HILANGKAN BAU BADAN BAKAL RAJA SEHARI

 - Rendamkan bunga melor, tanjung, melati, kenanga dan bunga mawar dalam sebaldi air.  Campurkan dengan limau purut yang telah dibelah empat.  Amalkan mandi bunga ini selama 40 hari sebelum hari pernikahan.

2.  BILIK PENGANTIN BERBAU HARUM SEMERBAK

- Untuk mengekalkan kesegaran dan keharumkan bilik pengantin, racik daun pandan dan bunga ros.  Gaulkan dan masukkan  ke dalam bekas kaca atau raga.  Kemudian semburkan dengan pewangi essential atau lavender untuk membangkitkan aroma yang lebih harum.

3.  HILANGKAN BADAN PANAS DIHARI PERSANDINGAN

- Ada petua yang sering diamalkan iaitu mengamalkan minum air belimbing yang ditapis.  Ambil buah belimbing dan kisarkan bersama-sama sedikit air.  Kemudian ditapis air tersebut sebelum minum.  Ade juga yang suka meminum skali dengan serat-seratnya.  Insya'allah panas badan akan berkurangan / hilang.

SELAMAT MENCUBA..... BYE....

Sumber : Majalah Raja Sehari

Saturday, 23 June 2012

Tips untuk makeup harian

Salam kepada pembaca-pembaca blog kak Sal, di sini kak Sal ingin berkongsi tip-tip untuk makeup seharian kita.... kita terlalu sibuk hingga ada kalanya kita tidak berkesempatan untuk bermanja dengan diri sendiri. Bagi kak Sal sesibuk mana pun kak Sal, kak Sal tetap menjaga penampilan diri kerana kak Sal tidak di anugerahkan kecantikan semulajadi.....

Untuk langkah permulaan, kita haruslah memilih produk yang sesuai dengan kulit dan yang penting mampu memilikinya, supaya kita sentiasa akan dapat menggunakan produk tersebut. Jangan terlalu gemar mengunakan lain-lain produk atau bertukar-tukar jenama setiap bulan, ini kerana kita tidak tahu kesesuaian kulit wajah, mungkin ia akan merosakkan kulit. Kak Sal juga tidak mengalakkan kita terpengaruh untuk membeli produk yang di syorkan oleh 'sales girl'. Kak Sal galakkan untuk permulaan, membeli produk seharian di farmasi-farmasi kerana mudah mendapat penjelasan yang lengkap untuk produk yang sesuai dengan kulit.

Selamat mencuba...

Di bawah ini kak Sal sertakan cara-cara makeup yang ringkas dan sempurna. Kak Sal menggunakan product OLAY REGENERATING kerana ia sesuai dengan kulit dan umur kak Sal




1. Cuci muka dengan pencuci muka air, cuci keseluruhan muka dan bilas dgn menggunakan air suam.

2. Gunakan pelembap muka atau 'serum'. Di sini kak Sal tidak menggunakan 'tone' kerana kulit kak Sal kering & nipis.

3. Selepas itu sapukan krim muka keseluruhan muka. Untuk siang gunakan krim spf 15 & malam firming cream.

4. Selepas sapu krim muka, boleh lah kita menghias wajah.

5. Kak Sal menggunakan foundation, face powder & two way foundation dari brand MIYAMI yang boleh di dapati dari COSWAY.

6. Sapu foundation mengunakan span atau berus yang sesuai dengan cara menekan ke muka. Jangan sesekali menarik ke atas dan ke bwh. Hanya tekan/lekap pada muka.

7. Selepas itu, sapukan face powder dengan cara menekan ke kulit wajah dengan lembut untuk menutup liang-liang pada wajah.



8. Setelah itu barulah sapukan two way foundation dengan cara menekan pada wajah.

no 01 light, no 02 medium & no 03 dark
9. Spray muka 'boleh didapati di farmasi' utk mendapatkan hasil yg sempurna

Lengkaplah sudah utk mendapatkan basic atau tone pada wajah kita. Selepas itu terpulang lah pada anda untuk menghias wajah anda sendiri. Tanpa basic yg sempurna makeup anda akan kelihatan bercapuk-capuk pada muka apabila anda berpeluh.

P/S : TIPS..... sapukan foundation, face powder & two way foundation dengan cara menekan-nekan pada kulit. Bukan sapu ke kiri kanan dan bwh. INGAT.
BYE...


Inilah rahsia wajah kak Sal nampak licin dan bersih... hehehe....

Two way foundation & face powder ini boleh order dari facebook salasiah ashak, caj poslaju akan di ambil kira... gambar di atas packing untuk penghantaran kepada pelanggan-pelanggan.


Wednesday, 30 May 2012

Debaran Malam Pertama

BERSEDIA MELALUINYA DENGAN BERTENAGA

- pastikan anda dan pasangan anda tidak terlalu kenyang dan terlalu lapar
- pastikan badan anda segar dan berbau harum
- berikan pujian kepada pasangan anda dengan suasana yang paling romantik
- mulakan langkah dengan belaian manja kerana pasangan anda mudah terangsang

KUNCI RANGSANGAN SI ISTERI

- mulakan dengan permainan lidah pada bahagian-bahagian yg sensetif bagi suami seperti di leher, cuping telinga dan lain-lain.
- hisap jari jemari suami bermula dari jari manis, ini juga salah satu cara yg dapat menaikkan rangsangan si suami
- panjangkan tempoh 'fore play' anda dan panjangkan tempoh bercumbu-cumbuan, ini dapat meningkatkan  rangsangan pasangan suami isteri
- ini untuk menggangu emosi si isteri atau si isteri akan mengalami fobia setiap kali ingin bersama suami

KUNCI MERANGSANG SUAMI

- mulakan dengan bercumbu-cumbuan
- lakukan permainan lidah pada bahagian yg sensetif
- sentuhan payu dara isteri dengan penuh kelembutan dan kasih sayang
- elakan bersikap gelojoh dan jangan kasari isteri anda buat kali pertama
- tanyakan kepada isteri anda bahagiam mana yg dia merasa lebih nikmat sewaktu anda menyentuhnya kerana setiap wanita mempunyai titik rangsangan yang berbeza

Contohnya
- Puting Payudara
- Bibir
- Pusat
- Belakang Leher
- Sisi & Luar Peha
- Belakang Lutut
- Belakang Betis
- Telinga
- Dagu
- Kening
- Kemaluan (Faraj)
- Daging Punggung

- puaskan isteri terlebih dahulu, setelah isteri puas barulah si suami boleh meneruskan aksi dayungan malam
- dan jangan lupa memberikan dan mengucapkan kata-kata romantik seperti 'I LOVE YOU SAYANG' ketika anda sedang hanyut dibuai nikmat malam pertama.

Diingatkan juga di sini di mulakan dengan ucapan salam terlebih dahulu kepada pasangan anda seperti hadis riwayat Abu Shaikh ' dari ummu Salmah berkata, Bahawasanya ketika rasullah s.a.w. menikahinya dan beliau hendak menggaulinya, beliau mengucapkan salam terlebih dahulu... 

SELAMAT PENGANTIN BARU DARI KAK SAL BUAT BAKAL2 PENGANTIN.

Thursday, 26 April 2012

Skrub haluskan kulit

Bahan-bahan
  • 1.5 sudu makan garam
  • 3 sudu makan mentega koko (cocoa butter)
  • 3 titis minyak lavendar atau rosemary
  • cara-cara membuat

Campurkan garam, mentega koko & minyal lavenda sehingga sebati, sapukan skrub pada bahagian yang ingin & urut perlahan2 selama beberapa minit

Apabila scrub mula berubah warna (sel2 kulit mati tanggal) bilas dgn air suam scrub ini memerlukan beberapa minit bagi membolehkan ia menyerap ke dalam kulit kandungan garam pada skrub ini baik utk menanggalkan kulit mati & mentega koko sgt baik utk melembapkan bahagian yang kasar atau kering sesaui di gunakan pada bahagian yg kering spt kaki, siku & lutut

* P/S : hentikan pemakaian jika terjadi iritasi atau gatal

MW dec 2011

Tips kesihatan

1.  Kunyit baik untuk sistem peranakan

2.  Hubungan kelamin pada waktu subur iaitu aari ke 12-16 (bermula selepas hari pertama haid)

3.  Amalkan makan madu dan susu kambing yang membantu menyimbangkan hormon dan membantu penyerapan vitamin seperti vitamin E

4.  Elakan senaman bangkit tubi bagi wanita, sebalik nya lakukan senaman berjalan

5.  Amalkan solat hajat dan doa' Nabi Zakaria oleh pasangan suami isteri jangan putus asa dan stress

6. Amalkan mengambil 7 jenis buah-buahan dan sayur-sayuran berlainan warna setiap hari 
    SILA KLIK OLDER POST UNTUK MELIHAT GAMBAR-GAMBAR DAN AKTIVITI SEBELUM INI ---->>