Tuesday, 3 July 2012

Selulit

RUNGSING DENGAN MASALAH SELULIT ?????

Selulit sebenarnya adalah lemak yang terdapat pada kulit yang bercantum dengan kolegen. Gabungan kolegen itulah yang memberikan selulit rupa seperti COTTAGE CHEESE yang tidak di ingini. Selalunya, selulit terbentuk pada bahagian peha, punggung & kadang kala pada lengan, betis dan torso.

Masalah selulit sering di alami oleh wanita tidak kiralah yang bertubuh gempal atau kecil. Sebenarnya selulit lebih banyak berkaitan dengan hormon seimbang kadar lemak tubuh. Menghilangkan selulit bukanlah sesukar yang di fikirkan. Asalkan anda menjaga diet dan melakukan senaman yang sihat serta pengambilan pemakanan yang betul. Terdapat pelbagai cara untuk menghilangkan selulit di tubuh anda.

Cara Mengatasinya
  • Pilih makanan yang seimbang dengan mengurangkan pengambilan lemak dan karbohaidrat. Utamakan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan serat. Minum air masak secukupnya mengikut keperluan tubuh kita.
  • Bagi merangsang peredaran darah dan memecahkan lemak, anda boleh memanjakan diri di spa dengan melakukan sauna atau mandi wap.
  • Kurangan meminum minuman yang mengandungi kafein seperti kopi sebagai minuman wajib pada setiap hari.
  • Pengambilan garam dan santa berlebihan tidak baik untuk kesihatan tubuh kita.
  • Makanan tinggi protein sepert ikan, ayam, telur, kacang mengandungi banyak asam lemak yang dapat membantu tubuh menghasilkan kolegen sehingga dapat menjaga kekenyalan kulit anda.
  • Makanan yang kaya dengan omega-3 akan membuat kulit selalu lembap dan memperbaiki sirkulasi darah dalam tubuh.
  • Penggunan krim juga perlu agar kulit anda tidak kering dan menjaga kulit anda agar kelihatan indah dan licin.
gambar untuk hiasan....
bye....

Sumber MW 2012

No comments:

SILA KLIK OLDER POST UNTUK MELIHAT GAMBAR-GAMBAR DAN AKTIVITI SEBELUM INI ---->>