Saturday, 23 June 2012

Tips untuk makeup harian

Salam kepada pembaca-pembaca blog kak Sal, di sini kak Sal ingin berkongsi tip-tip untuk makeup seharian kita.... kita terlalu sibuk hingga ada kalanya kita tidak berkesempatan untuk bermanja dengan diri sendiri. Bagi kak Sal sesibuk mana pun kak Sal, kak Sal tetap menjaga penampilan diri kerana kak Sal tidak di anugerahkan kecantikan semulajadi.....

Untuk langkah permulaan, kita haruslah memilih produk yang sesuai dengan kulit dan yang penting mampu memilikinya, supaya kita sentiasa akan dapat menggunakan produk tersebut. Jangan terlalu gemar mengunakan lain-lain produk atau bertukar-tukar jenama setiap bulan, ini kerana kita tidak tahu kesesuaian kulit wajah, mungkin ia akan merosakkan kulit. Kak Sal juga tidak mengalakkan kita terpengaruh untuk membeli produk yang di syorkan oleh 'sales girl'. Kak Sal galakkan untuk permulaan, membeli produk seharian di farmasi-farmasi kerana mudah mendapat penjelasan yang lengkap untuk produk yang sesuai dengan kulit.

Selamat mencuba...

Di bawah ini kak Sal sertakan cara-cara makeup yang ringkas dan sempurna. Kak Sal menggunakan product OLAY REGENERATING kerana ia sesuai dengan kulit dan umur kak Sal




1. Cuci muka dengan pencuci muka air, cuci keseluruhan muka dan bilas dgn menggunakan air suam.

2. Gunakan pelembap muka atau 'serum'. Di sini kak Sal tidak menggunakan 'tone' kerana kulit kak Sal kering & nipis.

3. Selepas itu sapukan krim muka keseluruhan muka. Untuk siang gunakan krim spf 15 & malam firming cream.

4. Selepas sapu krim muka, boleh lah kita menghias wajah.

5. Kak Sal menggunakan foundation, face powder & two way foundation dari brand MIYAMI yang boleh di dapati dari COSWAY.

6. Sapu foundation mengunakan span atau berus yang sesuai dengan cara menekan ke muka. Jangan sesekali menarik ke atas dan ke bwh. Hanya tekan/lekap pada muka.

7. Selepas itu, sapukan face powder dengan cara menekan ke kulit wajah dengan lembut untuk menutup liang-liang pada wajah.



8. Setelah itu barulah sapukan two way foundation dengan cara menekan pada wajah.

no 01 light, no 02 medium & no 03 dark
9. Spray muka 'boleh didapati di farmasi' utk mendapatkan hasil yg sempurna

Lengkaplah sudah utk mendapatkan basic atau tone pada wajah kita. Selepas itu terpulang lah pada anda untuk menghias wajah anda sendiri. Tanpa basic yg sempurna makeup anda akan kelihatan bercapuk-capuk pada muka apabila anda berpeluh.

P/S : TIPS..... sapukan foundation, face powder & two way foundation dengan cara menekan-nekan pada kulit. Bukan sapu ke kiri kanan dan bwh. INGAT.
BYE...


Inilah rahsia wajah kak Sal nampak licin dan bersih... hehehe....

Two way foundation & face powder ini boleh order dari facebook salasiah ashak, caj poslaju akan di ambil kira... gambar di atas packing untuk penghantaran kepada pelanggan-pelanggan.


2 comments:

Anonymous said...

besarnye kotak nk packing.mahal postage..

Unknown said...

ok jer... postage caj kan rm6 bellow 2kg... box tu ringan jer.. cume nk bg senang balut & nampak cantik biler customer terima...

SILA KLIK OLDER POST UNTUK MELIHAT GAMBAR-GAMBAR DAN AKTIVITI SEBELUM INI ---->>